Monday, August 21, 2023

Pekena Kari Kepala Ikan

Assalammualaikum,

Lepas habis urusan di Jalan Duta, kami berdua ke Jalan Kg. Attap. Nak cari kari kepala ikan. Dikhabarkan di situ sedap karinya...so mari la kita terjah.

Owh...sini parking azab sikit. Tapi jangan risau boleh parking di dalam kawasan ruang pejabat persatuan-persatuan kat situ..Tinggal kunci kereta sahaja. Cuma jangan la parking kat selekoh jalan kalau rasa kereta tu nak disodok bas persiaran. hehehehehe...

Ok. Kami ke Restoran ZK. Jangan di tanya apa nama penuh restoran ni. Kedai paling hujung sekali berhadapan dengan susur keluar ke Lebuhraya Persekutuan. Tetapi selang 3 kedai, ada lagi satu outlet..yang ni boleh makan bawah dan atas..berhawa dingin. 



Kami masuk ke dalam outlet yang berhawa dingin tu..walaupun masa tu dah hampir ke pukul 2, pelanggan masih ramai lagi..ada juga yang baru datang.


Kalau datang berdua dan teringin makan kari kepala ikan...better tengok ikan sambil tanya harga...kut2 la terkejut...hehehehe..kepala ikan seketul sampai RM140...besar memang besar...yang nak menghabiskan tu siapa....
So yang kami makan ni dah habis kecil....RM40/RM50 (lupa pulak, resit dah hilang)....boleh la...nak cuba kan...


Well...taste wise..entahlah...kata orang sedap..tapi pada teman biasa..biasa sahaja..mungkin pernah makan yang lagi sedap daripada ni...
Kedai ni win..sebab papadom letak dalam bekas kedap udara..RM3 banyak tu...



3 comments:

Faizal R said...

Pelik juga kari kepala ikan taruk tauhu. Jarang jumpa tu. Kepala ikan apa tu?

fzy fuzzy said...

Tu la pelik, kari kepala ikan letak tauhu...selalunya orang taruk kalau nak buat kuah untuk mee kari..

fanny_dcatqueen said...

Iya sih, saya pun tak pernah lihat curry kepala ikan pakai tahu pula 😅. Biasanya hanya kepala saja. Ini menu favorit suami, kalo saya tak sentuh biasanya 😅😄. Tak terlalu suka kepala ikan. Kalo dagingnya saya nak, tapi kepala, bagian suami utk meratah 😄