Tuesday, June 6, 2023

Harum Yang Menyeramkan

Assalammualaikum,

Dalam seminggu ni kecoh dalam komuniti kat rumah Keramat. Dalam telegram bertubi2 message masuk tentang satu bau wangi bermula dari senja sampai ke tengah malam..Bukan hanya orang tua, kanak2 turut bertanya dengan ibubapa mereka tentang bau tersebut..

Jiran2 semua tertanya2..bau apakah itu???..Ada yang kata bau bermula dari kem Kementah membawa ke Bukit Baru...balik tengah2 malam tiba2 terbau bau wangi...

Ada yang mengaitkan dengan munculnya entiti yang tak berkenaan. Berkeliaran di tingkat 8, 11 dan 20. Haish...imaginasi...

Setelah siasatan dibuat...rupa2 bau tu datang dari pokok ini.




Ylang-ylang atau nama scientificnya cananga odorata musim2 panas ni mula mengembangkan bunga2nya. Untuk proses pendebungaan, bunga ini mengeluarkan bau yang harum terutama bermula dari pukul 8 malam ke atas bagi menarik serangga.

3 comments:

NADIA vs BERON said...

hihi baru baca kajian saintifik pasal benda ni, tengok2 eh terbaca dekat sini jugak. Tajuk artikel yang saya baca tu 'jauhnya kita dengan alam'

Carneyz said...

Oo.. baru tau gini rupa bunga ylang-ylang. Selalu beli pewangi udara atau EO ekstrak ylang-ylang je.

fzy fuzzy said...

Nadia : Agaknya kita ni banyak dimomokan dengan cerita hantu..tu la..bau bunga dengan bau benda lain pun tak boleh beza...hehehehehe

Carneyz : Minyak wangi pun banyak guna sebagai salah satu isi kandungan..mcm chloe atelier, j'dore, channel dan banyak lagi...