Wednesday, September 30, 2020

Syurgaku - Part 2

Assalammualaikum,

Ingat 3 4 minggu lps mak admitted at HKL dlm seminggu bbaru oleh discharge. Rabu minggu lps sblm azan subuh mak mengadu susah nak bernafas lagi.

So kali ni terus ke wad kecemasan IJN. Sebelum tu nak cerita sikit..bila duduk di kawasan yang dikategorikan sebagai low-cost flat walaupun design dan layout rumah macam medium cost...masalah utama adalah parking. Disebabkan my sister fobia naik ambulance so tak call la..nak hantar pakai kereta. Tetapi ada manusia yg letak otak kat lutut..bila parking kereta block kereta orang...rules yang paling penting jangan tarik handbrake dan letak ke aras P...yea saya tau ada kereta baru sekarang yg klu letak kat P tak boleh lock kereta. Itu takde masalah...cari la parking yang tk block kereta orang..jauh pun takpe maa...

Perkara penting kedua adalah letak nota no telefon di dashboard. 

Perkara ketiga penting, jangan la dah letak no telefon orang call berpuluh kali tak angkat..alasan no tak kenal...hello....sah2 koa block kereta orang mestilah orang yang koa block tu call...ni bukan letak otak kat kaki dah tapi takde otak langsung...

Guest what, ahkak ni dari Putrajaya redah jem nak masuk KL pun boleh sampai, Rescue 911. Selamat hantar mak..

Dengar cerita sampai pkl 3 baru  baru kereta yang block tu nak alih.....yea la nak keluar tak boleh sbb tayar kereta dah kena clamp...bayar jer la denda RM100 tu..Alasan...tak perasan tarik handbrake...cik kak oiii..ni melibatkan nyawa...tetiba koa yg kena serangan jantung n ada org block kereta koa...boleh ke koa hadam orang kata maaf...allah..mengurut dada n mengucap panjang.

Ok, back to IJN...mmg sah2 kena masuk wad. Hari Khamis buat angiogram...takde la jumpa blockage...stent yang pasang 2016 masih elok lagi..tapi apasal mak susah nk bernafas. owh...kali ni malam anak sedara yg jaga...dan malam tu pulak mak susah nk bernafas...siap pakai oksigen...allah...2 hari juga mak exausted..

Jumaat pagi doktor buat keputusan untuk masukkan pacemaker. Jantung mak lemah so letak bateri untuk kejutkan dia...pembedahan akan dilakukan pada hari Selasa.

Ada kejadian juga...hari Isnin..adik bgtau yg operasi pada hari Selasa bergantung dari confirmation pihak Mardi. Yea la abah kan ker pesara kerajaan. Tapi yang pelik kerani tu cakap Mardi bukan full government..semi gitu...nak dapat kelulusan makan masa la..tak boleh online compare persekutuan...so nanti end-up postponed la operation mak sampai terima surat kelulusan...iskh berapa lama nak tunggu daa...kos katil kena bayar juga...dah la wad penuh...klu boleh cepat kena tak dipercepatkan..boleh bagi peluang orang lain yang tengah Q untuk masuk wad menerima perkhidmatan perubatan di sini...

Klu guna GL adik pun setakat ubatan dan pembedahan..bateri kena bayar cash RM12k. Owh..anggaran kos mak adalah dalam 60k. Sbb kakitangan kerajaan boleh cover suami/isteri shj serta anak bawah 21 tahun. Klu mak ayah alatan kena beli sendiri...gitu lak kaedahnya..

Itu klu orang yang ada duit boleh la..yang takde duit..tunggu mati kejung kat situ..iskh..iskh..iskh.. 

Yang tak puas hatinya..koa tahu doktor kata operation hari Selasa..kenapa hari Jumaat tak hantar surat. Kata boleh new norm, email jer kan..lps tu call la bila dah email tu.....sengal betul....birokasi apa ntah.. banyak bebenor susur galur kena ikut kut...doktor ke ketua jabatan, ke jururawat, lps tu staff nurse then ke bahagian bilik operation..balik ke wad..pegi ke bahagian bius, bahagian surgeon, balik ke admin, then ke bahagian kewangan, balik admin balik..last ke kaunter, bla..bla..bla...berpusing-pusing..

Regardless la patient setuju untuk dibedah atau tidak....hantar surat dulu..klu tak setuju hantar email bgtau tak proceed...macam masalah besar sangat...benda boleh settle...

So minta adik turun kat kaunter pentadbiran, buat surat, email dan wassap surat tu...ahkak kawasan nak pegi sana..Alhamdulillah kebetulan masa jumpa kerani bahagian perubatan..dia dah print surat dari IJN..tapi letak dlm tray atas..since IJN pun tak kata benda tu urgent so dia letak tepi dulu..settle kerja yg sebelum tu...actually ada juga dia tunjuk few email dari IJN..tapi tak spesifik..semua cerita pasal amount yg perlu dibayar jer..apa yg perlu dibuat, masa bila tak mentioned...

Sengal kali kedua...bila hang tak tulis kata pesakit dijangka menjalani pembedahan esoknya..mmg sah-sah sesiapa yg terima surat tu letak tepi dulu...cheh! See bila pergi jumpa dan explain terus dia confirmkan dengan boss dia..tu kalau boss dia ada..mana tau cuti ke, ada kursus ke...parah...

Bila boss dia kata setuju n dia  akan prepare surat lepas tu dapatkan tandatangan Pengarah.. katanya sblm pkl 4 akan email balik ke IJN siap ambil no hp kita lagi... Jangan kata sblm pkl 4..pukul 1.30 siap,  wassap lg surat tu dan notify yg dah email. Haah..tu namanya perkhidmatan yang cekap..jujur dan amanah...Owh..akak jumpa dia dlm pukul 11.15 yea.

Adik pun dapat wassap yang sama then dia tunjuk la kat jururawat kat kaunter dalam wad. Nurse tu hangguk jer la..iskh ahkak ada rasa tak puas hati disitu. So suruh adik turun bawah check kat kaunter dah terima email atau tak..masa tu dalam pukul 4 lebih kay...boleh pulak cakap tak perasan ada email masuk...eh! tadi koa yg cakap apa2 kena sebelum pkl 4...sengal kali ke tiga betulll....

Well, alhamdulillah semalam mak selamat menjalani pembedahan. Mak dihantar ke wad sebelum maghrib setelah kira2 7 jam yeop tunggu kat ruang bilik bedah...hehehehehe..

Kali ni kedua-dua anak lelaki yang jaga mak bermula bermula sehari sebelum pembedahan..sbb sebelum tu giliran kami anak perempuan...

Syukur Ya Allah...doktor kata kalau takde aral melintang if everything ok mak dah boleh discharge esok atau lusa.. lagi 6 minggu datang balik untuk follow up.

Tapi next week akan ada satu lagi minor operation...siapa pula kali ni yg dibedah..kita tunggu update seterusnya yea.

Wasalam.



Hari ni mak kena pegi buat x-ray..sian sakit lagi bila duduk..tapi nak buat camno...tahan jer la...


1 comment:

nohas said...

Alhamdulillah, operation selesai & berjaya...semoga Mak sembuh dgn sempurna..

Nampaknya nak kena selalu follow up, baru kerja jalan..yg block kereta tu, tak boleh nak brain..