Saturday, August 20, 2011

Iftar 1- PICC Putrajaya (DEM mini reunion)


Tahun 2009 dan 2010, aku tak joint majlis iftar bersama-sama geng-geng kelas aku masa di Uitm dulu. 2009 kan ker aku di Temerloh manakala tahun lps aku ke Ipoh menghadiri Iftar d sana.

So, tahun ini lokasi iftar adalah di PICC, Putrajaya. Macam biasa muka-muka lama, hisham tajul, akmar fairus, abg ajoy dan azam. Tahun ni Khalid tak joint sbb dia kena transfer ke Kuching manakala Ismuni outstation. Setelah sekian lama, aku menjadi the only 'bunga' yg dikelilingi oleh kumbang, finally setelah 15 tahun sejak zaman meninggalkan dunia diploma, puan Morni Kaspin telah menjointkan diri. How i miss her. Dia sekarang tengah bercuti dari mengajar di Uitm untuk buat Phd. Pheh! tabik spring. Aku bila la nak sambung master. Masa buat degree dulu pun separuh nafas. Ye la, dok bz kerja lg, nak buat assignment lg, nak p kelas lagi, otak yg dah berkarat lagi. Alhamdulilah, lepas gak. hehehehehe.

Cerita pasal makanan d sana, hmmmm..not bad. Konsep like arabian night. Tempat spacious termasuklah suraunye. Kambing panggang usah cakap la. Lots of variety. Aku tak ambik gambar bukan apa, akibat keseronokan berjumpa kawan lama lupa langsung ciri-ciri seorang blogger (of course taking photos!!!! ngeh, ngeh,ngeh!). Tapi 2 3 tahun kebelakangan ini, aku dah jarang ambik heavy food semasa berbuka. Abih abih pun minum air panas, kurma, kuih-kuih dan sekali-sekala ratah lauk. Nasi langsung la tak pandang. Mungkin faktor usia kut. Metabolisma agak kurang. hehehehe. Lagipun kitaorang buat first week of ramadhan, so dapat la discount 20% dari 55 hinggit sekepala ke 43 hinggit. Cuma kadang-kadang terfikir gak, orang yg pegi iftar spend 100+++ sekepala. Kalau ada 5 6 orang sefamily, kira la berapa? Menu nya sama sahaja, nasi, mee, kambing panggang (kambing lagi), satay, pencuci mulut, etc. Kalau d sponsor tu lain la cerita. Berapa banyak la kita boleh makan setelah seharian mengosongkan perut. Betul tak? Kan membazir tu amalan syaitonnnn...baik spend untuk benda yg lebih penting or kat TLG ker? Woha!

Kumpulan kami adalah pelanggan terakhir meninggalkan PICC. Dari dalam dewan makan, ke ruang balkoni. Sambung borak sambil tengok Putrajaya waktu malam, makan ABC, borak, makan satay, borak, makan beehon sejuk, sambung borak lg. Semuanya pasal keluarga, pekerjaan dan mengumpat. Hehehehe. Endingnya...aku berlegar-legar d putrajaya mencari jalan keluar ke kuala lumpur (ni azam la punya pasal...sbb aku follow keta dia...last-last dia bawak pusing satu putrajaya...cheh! lagipun..faktor usia lagi..bila places yg aku tak familiar sangat plus malam-maklumlah mata kan rabun). Apapun...aku bersyukur selamat sampai rumah, selamat menyambung kembali ukhwah yg terputus cuma terawih jer kantoi.

Oh ye! iftar ke-2 adalah d banker's club. Yang ni big boss buat utk staff n family.

No comments: