Wednesday, September 2, 2009

Hijrah

Salam semua,
Peh! lama gak aku tak update blog. Bukan apa kekangan tugas. Ketika entri ini ditulis, aku tidak lagi berada di Kuala Lumpur. Rezeki ku telah di divert ke Temerloh, Pahang. Maka terpaksalah aku meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur selama 37 tahun aku diami termasuklah rumah, kengkawan dan yang terutama mak dan abah serta ahli keluargaku.
Penghijrahan ini satu cabaran. Kenapa cabaran? Sebelum ini kat HQ, aku cuma tahu dapat kes, inspect, buat report, i.e. more on technical report or sekali sekali dapat job dari kengkawan. TAPI kat sini aku kena ambil tahu pasal admin, account, staff, cases, marketing dan segala mak nenek pasal ofis. Maksudnya aku kena pastikan perjalanan ofis ini berjalan lancar dan yang penting business is came in dan debtor list kena make sure minimise. Kalau tak macam mana aku nak bayar gaji staff termasuklah gaji aku dan all the bills.
Temerloh at 6.30am
Masa mula2 sampai dalam seminggu, aku dapati Temerloh ni cuaca dia agak panas. Rasa macam kat Mekah lak. Mungkin kedudukan dia di tepi sungai Pahang, bahangnya meliputi seluruh bandar. Dah la aku kulitku agak gelap, sunburn laaa...apa lagi. Tapi la ni dekat 3 minggu dah, aku boleh sesuaikan dengan cuaca dia...Berkat bulan Ramadhan kut. Hehehehe....
Masa mula2 sampai aku stay kat hotel selama seminggu, rumah sewa kena cari sendiri. Aduiii.....mana la aku nak cari ni. Ye la selama ni kat KL duduk rumah sendiri, mana la aku reti nak menyewa. Taman perumahan banyak, rumah kosong pun banyak...tapi tuan rumah yang nak ditanya bagi menyewa rumah depa lak tak ada...Tanya jiran2 sebelah menyebelah pun depa tak kenal tuan rumah. AM yg sebelum aku pun hadapi masalah yang sama bila tang nak menyewa, sampaikan dia duduk sebulan kat hotel then baru jumpa rumah utk disewa.
Tapi sekarang aku take over rumah sewa dia. OK la....single-storey terrace house kat Taman Temerloh Makmur with 3 bedroom walaupun tandas dia kengkadang ada bau sket especially lepas hujan, may be because of the sewerage system. Dekat dengan surau and other facilities. Aku duduk sorang2 jer, senang kalau mak abah, adik beradik dan kengkawan bila nak datang Temerloh. Tak payah menyewa hotel. Stay jer kat rumah aku.

Kat Hotel Jelai ni la aku stay selama seminggu sebelum dapat rumah sewa.

Adik ipar aku (Fuad), Lokman, mak, Nurul dan abah
masa depa antar aku ari tu

Ni la ruang kerja aku.

4 comments:

nohas said...

Jauh berjalan, luas pandangan, kaya pengalaman..boleh le we all dtg temerloh, jalan2..hehe..

Sekarang ni, kalau dpt kes tanah, terpaksa le fikir2, congak2 sendiri, org expert dah takde..

Snow Peace said...

Kita doakan semoga akak senantiasa succes...nak carik staf wak keje runner ler ar roger2 kita...

fzy fuzzy said...

nohas - ye betullll...pandanganku dilitupi hutan menghijau.
kat sini lagi thrill, kena ulang alik 4 5 kali baru jumpa site..dah la tu semua dalam hutan rimba...

snowpeace -tengkiu.

Firdee Firdaus said...

salam,
selamat datang ke temerloh si bandar patin...jumpa ur blog atas keyword "hotel jelai" ^^