Tuesday, January 21, 2025

Kedai Kopi & Benang

Assalammualaikum,

Lama dah nak pergi ke cafe ni. Pernah sekali nak singgah..sekali tutup pulak. Kali ni kami singgah setelah selesai urusan mendobi.

Terletak di Medan Selera AU2/3 . Cuma agak tricky sket nak sampai. Parking kereta depan rumah orang (nasib2 ler..kadang2 penuh petak parkingnya)..lepas tu kena ke bahagian belakang..sebab kedai ni menghadap padang.

Rasanya kami datang sini dalam pukul 9.30 pagi..tapi ada beberapa menu dah habis. 






Friday, January 17, 2025

Pergi dan pulang kerja - random view

Assalammualaikum,

Sekarang ni bila nak keluar ke tempat kerja akan singgah di mana2 tempat breakfast. Samada yang berdekatan dengan rumah, di Kg Baru, di Lorong TAR dsbnya. Guess what, 2 orang makan kadang2 bawah RM10..kadang2 bawah RM15..ada la terover sket dlm RM20-25...tengok tempat. Hmmm..berbanding di P/jaya..kami pernah makan di Medan Selera Precinct 9 (medan selera bukan restaurant tau), lontong kosong..RM15 satu mangkuk..gila mahal..first and the last la makan kat situ. Kat KL lontong dalam RM6/8 boleh dapat. Kaya yea orang P/jaya. Hehehehehe..

Maka, route perjalanan ke tempat kerja akan berbeza2. Walau bagaimanapun, tetap sampai office setengah jam sebelum pukul 9.










Monday, January 6, 2025

New Journey 2025

Assalammualaikum,


Serah kunci dan access card termasuk site inspection rumah. 
So far owner puas hati. 6 tahun beb duduk rumah ni


Last view. Malam tahun baru takde..so tak dapat la tengok konsert dan bunga api dari atas ni.. 


Balik kerja ni la stesen yang dikunjungi.


Stesen ni la Abang Gebu fetch isteri dia. 


Tahun baru abah masuk ke wad kecemasan..sesak nafas. Sampai hari ni tak discharge lagi.


Collaboration talk dengan student UiTM. 


Friday, December 27, 2024

Kopi Vibes

Assalammualaikum,

Dah dekat 2 minggu teman ulang alik KL-Putrajaya-KL. Cuma luckly nyea..asal hari Rabu jer cuti..hehehehehe..

First week, AG yang hantar dan bawak balik, sebab rumah Conezion ada beberapa barang kecil yang perlu dibuka dan dibawa balik. Cuci rumah lagi. Masalahnya AG cuci lantai sahaja..bilik air dengan dapur dan kitchen cabinet tak dibersihkan. Cermin tingkap lagi..takpe la esok lusa kami bersihkan semua. Kena handover kat tuan rumah 2/1/2025.

Cakap pasal rumah ni, for the last 3 months teman dalam dilema, kebanyakkan barang perabut dan barang elektrik spt mesin basuh dan peti ais, rumah Keramat pun ada. Dok cari la mana2 kedai 2nd hand yang nak take over. Sebenarnya, mula2 tuan rumah nak barang2 tu semua. Lepas sebulan dia cakap, dia nak jual pulak rumah tu instead sewakan kat orang lain. Katanya nak dapat penyewa macam kami agak susah..6 tahun duduk tak pernah complaint. Air-cond pun tolong serviskan. Lagipun katanya dia ada beli rumah baru so tu yang nak let go.

Aduiii..mana la pulak nak letak barang2 yang banyak tu. Tapi siapa la kita nak menidakkan kuasa Allah kan. Rupa-rupa barang2 tu semua dah ada pemiliknya. Kan ker Kedah di landa banjir. Rumah mak saudara di Taman Tabung Haji tenggelam. Semua barang rosak. So lepas discuss dengan AG yang teman niatkan untuk hantar barang2 tu semua ke Utara. Mak saudara sekeluarga setuju pulak. Alhamdullilah. So naik lori la barang2 tu semua. Complete set. Kerusi, meja makan, tv, meja tv, katil2, tilam2, pinggan mangkuk, periuk belanga, almari pakaian, meja belajar, almari dapur, pasu bunga..peti ais, mesin basuh, baju2 yang orang sedekah...mmg complete satu rumah. 

Kami cuma bawa pakaian sendiri, buku2, meja AG, beberapa pinggan mangkuk dan peralatan memasak. 

Tu yang lama tak bersiaran dan berblog walking..hehehehehe..

Owh..teman nak share beberapa warung dan kedai kopi.

1. Kedai Kopi Sudin, Cyberjaya




Mee kari meriah....


2. WArung Dato, Sg Merab






Masakan taste : Macam orang masak kat kenduri kahwin. 
Rupanya mereka ada buat katering juga..patut la..


3. Warung Koppi 70', Wangsa Keramat ker Keramat Wangsa







Selama 2 minggu ni dah 3 kali kami singgah sarapan sini. Makanan sedap cuma servis tu. 
Rasanya mereka perlu train yg jaga cashier tu sbb dia yang akan key-in order dalam system. 
Teman observe, selalu ada order yang kurang..kena rajin tanya...baca review hmmm...
So kena ada warung manager (WM) untuk tengok semua order.dan interact dengan customer.....
Sayang sangat...


4. Suraya 2, Sebelah Masjid Kg Baru





Restaurant baru lepas renovate..ruang makan makin besar. Makanan pun banyak pilihan. Pukul 12 malam orang masih ramai lagi tau. Fully pack.

Thursday, November 28, 2024

Tapak kuda dan Teras Jernang

Assalammualaikum,

Abang Gebu uruskan pembelian kotak..jauh beli nun..kat KL..macam la kat Putrajaya ni tak jual. 

Kebetulan, teman masuk ofis Sabtu..tenang jer siapkan kerja..

Late lunch..dah pukul 3..kedai makan mana la ada lagi hidangan kan...kalau nak makan makanan panas..biasanya pukul 4.30 ke atas..perut dah lapar ni. So mencari la kami sampai ke Teras Jernang. 


Order, dengan niat nak bawak ke ofis, kita bagi staff rasa sikit seorang..alhamdulillah elok jer masa sampai....tak penyek/benyek. Balik masukkan dalam peti ais..


Kami singgah kat sini. Garden Cafe.



Dah hujung2..


Nampak menarik kat menu so order la...


Abang Gebu first time makan perut muda tu...
Teman kecil2 dulu bila raya korban, abah mesti bawak balik..
arwah mak yang akan bersihkan.
lepas tu bakar...sedap betul..
cuma bila dah besar boleh dikatakan tak makan pun.
Tak tau la, bila tengok dalam menu terus order.
Still tak boleh challenge yang arwah mak buat..walaupun cuma gaul dengan garam dan kunyit sahaja..


Friday, November 22, 2024

Lazy Sunday dan awan karpet

Assalammualaikum,

Selalu, kalau weekend memang akan hilang. Samada berada di rumah Keramat atau ronda2 tengok site.

Tapi kali ni tak pergi mana. Stay sahaja sbb konon2 nak kemas rumah, buang mana yang tak berkenaan. Dah confirm dengan mover nak pindah 2nd week of December.

Sambil tu jenguk2 ke luar balkoni..ape ke benda yang kedengaran lantang...oooo rupa2nya ada larian di IOI City Mall.

Ok..mari kita mulakan mengemas...first buka TV..tengok movie Cruella..sebab seksyen nak kemas adalah yang dalam meja TV...dah setel situ kita pergi dapur pulak..

10 minit jer..last2 cakap dengan Abang Gebu..kita upah orang jer la kemas..leceh la nak kena tertonggang tongek ambil barang..belum lagi nak capai pinggan mangkuk kat kabinet dapur..belum lagi nak lipat kain baju, kumpul2 bantal dan cadar...iskh..idok ler teman... 


Peserta dilepaskan.


Human in blue


Siapa kata kena naik bukit/gunung tengok awan karpet..dari sini pun boleh nampak yea...




Wednesday, November 20, 2024

Mood di tempat kerja

Assalammualaikum,

4 ekor miniture melambangkan mood teman di tempat kerja dari minggu lepas lagi. How?????