Friday, June 13, 2025

Hafiz dalam masa setahun

Assalammualaikum,

Bertempat di Bangi Convention Centre, Bangi Avenue, teman dan Abang Gebu menghadiri konvokesyen pertauliahan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menghafal dan mengingati ayat2 suci Al-Quran kurang dari setahun. Kami berdua ni datang untuk bagi sokongan kepada Aneesa. Berumur 15 tahun. Anak kepada adik bongsu teman. Maklumlah babah dia kena kerja..so mama dia yang hanya dapat teman. Kakak dan adik2 yang lain semua kena tinggal kat rumah. Anessa ni anak nombor 2. Well...biasanya anak nombor 2 ni bijak2 belaka..macam teman..hehehehehehehe.







Antara beratus2 pelajar ni ada juga yang hafiz kurang dari 2 bulan. 
Masyallah..macam mana la budak tu belajar. 
Ada yang umur 9 tahun pun ambik masa 4 bulan jer...
Kita yang tua2 ni asyik tunggang langgang, allah hu akhbar..
Arwah mak mesti bangga sbb ada cucu yang teruskan legasi bacaan Quran.
Dalam beratus-ratus Al-hafiz, para mudir, VVIP....masa solat zohor, Abang Gebu juga yang kena tarik ke depan jadi imam.  Owhhh..Abang Gebu ku..hehehehehehe..


Monday, June 9, 2025

An area called 'Pulau'

Assalammualaikum,

Dulu2 sebelum projek MRT, tempat ni kami panggil 'Pulau'. Dulu ada sederet rumah kedai 4/5 tingkat dan rumah kayu tak salah restoran dan bengkel motor. Kat situ juga kami selalu beli sate. Sedap pada rasa tekak teman.

Lokasi berhampiran dengan Menara Celcom, Bangunan Marinara dan Menara Perkeso..tak lupa Bangunan TH. Sekarang Menara Celcom dan Marinara tu diduduki oleh agensi2 kerajaan dan pentadbiran hospital swasta..nama bangunan pun dah di tukar.

Awal tahun bila pagar2 biru dibuka baru nampak..eh ada bangunan la..bangunan setingkat.  Ada 2 retail outlet. Bayang & Co dan Q Bistro. Cuma parking agak limited..tapi boleh la park..jangan parking tepi Jalan Tun Razak dengan Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak) sudah....kalau nak rasa kena sondol atau disaman atau apa2 lah...

Gigih tau teman pusing 2 kali nak ambil gambar masa datang kerja pagi tadi.





Friday, June 6, 2025

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Assalammualaikum semua,

Esok kita akan meraikan Hari Raya Aidiladha. Mana2 tak pergi Haji kalau boleh berpuasa ler. Semalam dan hari ini insyallah dapat berpuasa...Abah dari Sabtu dah berpuasa.

Tahun ni di tempat teman tinggal, lebih kurang 7 ekor lembu dan 1 ekor kambing akan dikorbankan esok. 

Bercakap tentang korban. Selain dari menunjukkan pengorbanan kita kepada Allah SAW dengan menjalankan ibadah korban dengan menyembelih lembu, kambing atau unta mengikut kemampuan masing-masing. Tahun ini teman juga berkorban. Bukan dengan binatang tetapi berkorban dari sudut diri sendiri.

Insyallah, Teman akan bermastautin di tempat lain. Dimana tu..nanti teman update yea.


Kami sudah sampai ke tempat ini pada 31hb May 2024.
30hb May 2025, teman menerima satu perkabaran tentang hala tuju perjalanan teman.
 Alhamdulillah. 
Jadi 1hb Julai 2025, kita mulakan di tempat yang baru. Doakan semoga semua dipermudahkan.


Tuesday, June 3, 2025

Wedding lagi

 Assalammualaikum,

Kali ini lokasi majlis di Magica Hall, PICC.

Mak dan bapak pengantin perempuan orang real estate. Ni adik beradik dengan yang buat kerja kahwin kat Melaka bulan lepas.





Abang Gebu dengan cucu yang ke 12. geng mata sepet.