Friday, February 14, 2025

Fish & Chip - So Soodaap @ Sg Tangkas

Assalammualaikum,

Akhirnya merasa juga rasa Fish & Chip ni...

Minggu lepas, kebetulan lalu..lepas ada urusan di area2 situ.. tengok Suria Amanda review..siap dah repeat 2 kali..so harus di cuba..

Tengok macam tak ramai orang beratur..kita pun masuk barisan. Ada la depan kita dalam 10 orang kut.

Sekali salah sorang staff tu nampak kita..makcik bertongkat..hehehehehe..dia suruh terus pergi depan..kita macam segan..sekali owner pun suruh..apa lagi makcik ni pun potong Q..maaf la yea yang depan2 saya.

Macam nak beli satu kotak jer fish & chipnya..yea la nak merasa kan..sekali teringat Abang Gebu..terus terorder 5 kotak FC + 1 kotak chicken chop..yea la kalau barang sedap harus ingat Abah, adik beradik dgn anak2 saudara. Alhamdulillah semua merasa.

Memandangkan situ banyak gerai..teman beli samosa dan nasi kaomok juga...buat raso-raso..





RM13.90...berbaloi dengan harga..malam makan pun still ok lagi..


Wednesday, February 12, 2025

Tukar angin sikit.

Assalammualaikum,

Just nak share..kut2 la kalau tersinggah.

1. UTC Datuk Keramat (depan LRT Station Damai)

Selain dari servis untuk tukar passport dan IC, ada tempat makan juga. Kalau nak sarapan boleh jer singgah. Parking senang. Food taste ok. Harga pun affordable.





2. Kompleks Membeli-belah Sogo.

Kut2 la penat shopping boleh singgah sini. Minum2 teh/kopi..roti bakar ke..




3. Conezion Commercial (Maryam)

Kalau IOI tu penuh sangat..boleh singgah sini. Cuma dulu parking FREE..sekarang dah kena bayar. 








Wednesday, February 5, 2025

Cafe Baru - E by Eten @ Medan Niaga Tasik Damai Sg Besi

Assalammualaikum,

Dikhabarkan cafe ni baru buka. So bila fyp kat TT..apa kata kita cuba. Lagipun sehala nak ke tempat kerja. Cuma bila nak balik ofis kena bayar toll mahal sikit..hehehehehe..sbb kalau ikut toll sg. besi 0.66 sahaja.

Sekali sekala..apa salahnya kan.

OK..cafe ni nama E by Eten. Lokasi senang cerita belakang/sebelah Pekan Sg Besi. Waze jer. 

Walaupun buka pukul 7.00 pagi..better datang lewat sikit..7.45 atau 8.00..just nice..sbb sebelum tu mereka susun makanan dulu. 

Abang Gebu ni dia mana boleh lambat2. Makanan dia dah habis..air tak dapat lagi..suara dia komplen akan naik dua oktaf..mula la keluar perkataan LEMBAB..nasib baik la adik pelayan tu senyum jer..sabar jer la dik..cafe baru kan..











Mee kari ni teman yang order..tapi AG yang makan bagi abis..
Air seasalt latte tu sedap weh..
Kuih2 dia semua sedap..


Monday, February 3, 2025

To extend my service

Assalammualaikum,

31.12.2024 actually teman dah hantar tender.

Surat tu bersekali dengan resignation letter yang teman hantar pada September 2023. Semasa nak hantar surat tu teman ada la consult dengan orang yang paling rapat dengan teman. Katanya teman ni kena bulat tekad. Sebab tambahnya lagi teman ni orang yang soft heart..boss pujuk2 jer tak jadi berhenti..in between tu dia tau beberapa kali teman suarakan kat boss dan management dalam mesyuarat yang teman nak resign..cuma takde official...dia tak tau kut kadang2 teman ni boleh buat hati kering..tu yang hantar surat...hehehehehe..

Alasan kenapa nak berhenti..terlalu banyak..cuma boleh disimpulkan bahawa teman nak ada environment baru. 11 tahun kut.

Macam biasa permohonan teman ditolak. Katanya teman kena bagi company 6 bulan untuk cari pengganti. Aikkk..tak kan nak extend lagi sampai 6 bulan. Teman dah bagi peluang dekat 1 tahun 3 bulan kut. 

Dalam surat tu last day teman adalah pada 31.1.2025. Tetapi teman ni bukan kejam. Teman dah hantar notification kat HR yang service teman extend until further notice sebab ada kerja2 yang perlu dibereskan. Mana boleh tinggal macam tu jer. Kita ni orang yang bertanggungjawab tau. Hehehehehe..

Harap yang baik-baik sahaja.