Tuesday, November 5, 2024

Wujud dah lama tapi baru sekarang famous - Halab Gate

Assalammualaikum,

Asyik-asyik masakan minang. Tak pun ayam penyet. Kadang-kadang teman bosan juga..hehehehehe...tapi nak buat macam mana itu lah makanan yang Abang Gebu minat/seronok makan.

Ok kali ni kita cuba makanan orang syria. Kami ke Halab Gate. Kerja gila betul. Hari Ahad ke area Bukit Bintang. Ala..kita baca doa makan banyak kali..insyallah dipermudahkan.

Dalam 11.55 sampai la kat sini..yang betul2 menghadap kebab yang famous lagi satu tu.

Kami parking kereta kat belakang tu. Per entry RM13. Tapi ada yg review kata free kalau nak makan kat sini. Mana yg free area Bukit Bintang ni.


Cabaran Pertama : Uish..tingginya tangga..hati2 yea sbb step tangga tu tak sama tinggi..ada yg tersadung nanti...terperanjat Abang Gebu tengok bini dia boleh naik tangga tu dalam keadaan sakit lutut. Well..perempuan dengan makanan berpisah tiada..Nak seribu daya..hehehehehe..



Cabaran Kedua : Nak pilih samada makan di Level 1, yang berhawa dingin. Atau naik lagi ke roof top TETAPI hanya kipas sahaja... TAPI..view lawa..kalau nasib baik dapat duduk membelakang laluan monorail...well tengahari buta kan jangan buat pasal..membebel Abang Gebu...





Cabaran Ketiga : Sudahhh..tak tau nak makan apa..tengok meja lain pelbagai menunya....last2 tanya kat waiter yg kacak handsome lawa tu...auwww...






Kami makan (baca dari kiri anda ke kanan yea)
1. Arikah Halab Gate (sejenis dessert..panas yea..jangan terus makan tunggu sejuk sket. Melecur lidah nanti. Atas tu ada kekacng, kismis..yang putih tu..tak tau la pulak apa..macam yogurt tapi macam ada ubuh cheese. Bawah sekali kurma..tapi macam kek buah jer..lepas tu mereka drizzle dengan madu..rasa dia..ok just nice level manis tu boleh tolerate lagi)
2. Taboulah - sejenis salad. rasa..masam2 crunchy..ok la as starter untuk balance makanan berat lain
3. Lentil soup - datang dengan cracker..rasa dia..not bad..
4. Sider Lamb (ni untuk 2 orang makan yea..ada beza antara haneeth atau mandy..rempah nasi tu tak strong begitu juga dengan lamb dia..yg penting ada rasa)



Dessert ni elok di makan bersama2 Turkish Coffee without sugar..balance up..baru la A...
Ok..ni kenyang sampai esok pagi..

Friday, November 1, 2024

Abah - First time kena tahan wad since arwah mak tinggalkan kami

Assalammualaikum,

Abah ni cukup susah kalau nak suruh ke hospital. Rela tahan sakit. Minggu lepas, adik call kata abah sesak nafas dah 4 ke 5 hari. Teman suruh adik call ambulance terus..katanya abah tak mau. 

So Ahad pagi, beli sarapan dan terus jumpa abah. Nak pujuk ke hospital la kaedahnya. Sekali bila nampak muka teman depan pintu, abah terus cakap tolong bawak pergi hospital. Uishhh..surprise ni. Tak buang masa bawak la abah ke kecemasan.

Kalau kaki bengkak, muka sembab, tangan badan sembab, paru2 berbunyi..memang masuk zone merah ler. Kalau dulu masa arwah mak, teman memang dah siap2 photostat semua kronologi/summary doktor setiap kali mak kena tahan wad...sama juga macam abah. Cuma abah ada 2 sahaja reference. GIM dan nephro termasuk senarai ubat. Doktor cakap dengan teman abah mmg confirm kena tahan wad. Abah bagi wasiat siap2, segala harta dengan duit nak bagi ke siapa (teman record tau..hehehehe). Senyum jer doktor dengan MA kat situ.


Mana la tak bengkak kaki..rupanya abah kata  dah seminggu kencing keluar sikit jer..
Alhamdulillah kaki tangan semua dah tak bengkak. Cuma jantung abah lemah sikit. Doktor suspect abah mungkin kena serangan jantung sebelum datang ke hospital..abah masih dalam peringkat pemerhatian.
Abah tanya berapa lama lagi nak kena tahan. Doktor senyum sambil cakap..sampai saya puas hati dengan kondisi pakcik...lama lagi la tu...takpe la bah duduk kat hospital ni. Kurang2 apa2 jadi ada doktor dan nurse. Kalau balik rumah nak pujuk datang hospital memang takde la...amat tipis.