Sunday, September 28, 2025

TRG : 08 - Sea Breeze Therapy 02

Assalammualaikum,

Hari Rabu membawa ke Jumaat baru2 ni, ke Kemaman office. 

Dalam perjalanan nampak papan tanda Kg. Jambu Bongkok. Kita pun pusing la stereng nak tengok apa yg hype sangat.

Tak jumpa la spot yg orang2 share dlm medsos. Tapi semasa pulang dari Kemaman, dah nampak spot cantik tetapi takde la menyinggah sbb AG mcm exhausted jer. Yea la orang kena stroke ni mana boleh berjemur tengahari rembang lama2. Dah la 3 hari berturut2. 

Ni jer la yang kita dapat capture..kalau ke Kemaman office lagi dan ada kesempatan singgah, teman share spot best2 yea..inshallah..tak pun oulls pergi ler..best tau..






Kami ke Kuantan jumpa kawan. Lepas tu kami singgah makan kedai ni, Jaman Tory di Indera Mahkota.
Tengok AG selera betul makan. Kolestrol kuat oooo..




Actually semasa turunkan AG depan kedai, nampak AG macam nak jatuh...teman pun parking la kereta dulu. Bila sampai kat AG nampak ada polis dok berborak dengan dia..hahahahaha..macam biasa terpaksa la cakap, pakcik ni kena stroke..tak boleh bercakap...nasib baik abam polis tu hensem. Hehehehehe..macam2 dia nasihat..tengok kat baju macam ada 2 crown. 
Bila tanya AG td nampak macam nak jatuh masa keluar kereta, pening ke? Dia geleng kepala..tak tau la..mungkin kereta tu seat dia lowered lps tu baju jubah tersepit...berderau darah teman.


No comments:

Post a Comment