Assalammualaikum semua,
Esok kita akan meraikan Hari Raya Aidiladha. Mana2 tak pergi Haji kalau boleh berpuasa ler. Semalam dan hari ini insyallah dapat berpuasa...Abah dari Sabtu dah berpuasa.
Tahun ni di tempat teman tinggal, lebih kurang 7 ekor lembu dan 1 ekor kambing akan dikorbankan esok.
Bercakap tentang korban. Selain dari menunjukkan pengorbanan kita kepada Allah SAW dengan menjalankan ibadah korban dengan menyembelih lembu, kambing atau unta mengikut kemampuan masing-masing. Tahun ini teman juga berkorban. Bukan dengan binatang tetapi berkorban dari sudut diri sendiri.
Insyallah, Teman akan bermastautin di tempat lain. Dimana tu..nanti teman update yea.
Kami sudah sampai ke tempat ini pada 31hb May 2024.
30hb May 2025, teman menerima satu perkabaran tentang hala tuju perjalanan teman.
Alhamdulillah.
Jadi 1hb Julai 2025, kita mulakan di tempat yang baru. Doakan semoga semua dipermudahkan.
6 comments:
moga dipermudahkan segala urusan sisku di tempat baru aminnn... salam aidil adha :)
Selamat hari raya haji kaaaak.
Oh kakak nak pindah yaaa. Di manapun itu, saya doakan semua dilancarkan, tempatnya juga baik untuk kakak sekeluarga. Tak sabar nak tahu di mana 😉
Aminnn..terima kasih..inshallah..
Yes..Kita ikut ke mana Allah dah tentukanNya.
Semoga dipermudahkan apapun plan akan datang...Selamat Hari Raya Aidiladha jugak
Inshallah..semoga kita semua dipermudahkan
Post a Comment