Monday, April 21, 2025

TGSK dah re-locate ke tempat baru

Assalammualaikum,

Siapa-siapa yang pernah pergi TGSK yang di Ampang tu, lepas tu di Bukit Antarabangsa...haaaa..pada 19/4/2025 mereka telah berpindah ke tempat yang lagi luas dan selesa. Previously tempat tu dikenali sebagai 'The Garage"...alaa..sebelah jer dengan tempat Landing Heli dan dekat2 dengan Taman Sri Ukay/Taman Hill View. 

To be exact betul2 menghadap MRR2 cuma kadang2 macam tricky sikit nak sampai sini. Kalau dari Melawati kena exit kat Wangsa Maju/Keramat AU/Taman Sri Ukay. Susur jer dan melepasi 2 trafik light. Kalau terlepas exit ni kena la buat U-turn nak ke Ampang Point. Hehehehe..

Kalau dari Cheras/Ampang/Pandan, sama juga exit yang sama then u-turn ikut jalan yang atas tu.

Kalau guna DUKE mmg kena exit 3308A ke Kuantan lepas tu u-turn di Exit Lembah Keramat/Ukay Perdana. Kalau tak terlepas...nak senang exit jer la kat bulatan ke Jalan Enggang tu..lepas tu ikut jalan dalam.

Macam complicated kan...ala...pakai jer waze atau google map.. sampai ler..cuma kena keep left lane..bukan apa takut terlajak..hehehehehehe.



Tempat makan luas tau...


Pada pandangan teman..lagi bagus kalau takde stainless steel tempat lauk tu..rasa macam order kat kedai mamak..sebelum2 ni atas meja jer lauk2 tu..then nampak macam 'wow'..so jadi tamak macam nak makan semua..hehehehehe...
Well tuan kedai mungkin ada alasan tersendiri..untuk pastikan lauk sentiasa panas serta menghindari serangga dan habuk...(maklumlah tepi jalan besor..)


Lepas makan jangan lupa bayor yea....

Tempat parking pun belah belakang teman pun ada lagi..usah ler komer risau pasal parking..

Lepas ni kejiranan situ pun tak komplen sebab kereta mengkome semua halang jalan masuk/sesak ke rumah mereka..Hehehehehe..

Selamat menjamu sarapan pagi uolls...

13 comments:

  1. Nampak menarik la ...tapi tu la jauh plak ha..SA kat Seremban

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe..kalau kebetulan lalu MRR2 tu boleh singgah..

      Delete
  2. Uncle selalu tengok dari tepi highway je... tak pernah tersinggah

    Ehem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Done comment uncle..tahniah dari blog krabat kramat..

      Delete
  3. haaaa luas camni baru selesa & mudah nak keluar masuk parking nak makan-makan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..lepas tu tak de la rasa bersalah nak makan lama sket bila tengok orang beratur panjang..hehehehehe

      Delete
  4. Ada peluang mahu juga ke sana...saja-saja nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshallah cuba la singgah kalau datang sini..

      Delete
  5. tak pernah lg makan kt sini....prnah nmpk kt tiktok tmpat baru ni depa shoot pakai drone...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la kak..bukan jauh bebenor dari setapak tu..

      Delete
  6. JD ini makin jauh dari KL maknanya kak? Saya dah niat padahal nanti pas ke KL nak mampir sini. Dah pindah pula yaa 😅. Kalo makin dekat tak apa, tp kalo makin jauh, mikir dulu nak datang. Susah transport nya

    ReplyDelete