Friday, April 30, 2021

Rindu

Assalammualaikum,

Dah confirmkan tak boleh rentas negeri untuk pulang beraya.

Teman tak dapat bayangkan perasaan rakan2 sepejabat dan blogger sekelian tak dapat berjumpa dengan orang tersayang.

Sedangkan teman yang mak dan abah duduk di Key Ell sinun bila ada arahan tak boleh masuk KL, dah libang libu tak tentu arah.

Tambah pula ke-dua2 tak berapa sihat lately.


Mak sekarang dah tak berkerusi roda..tapi kaki masih tak berapa kuat sangat.


Abah macam tu la lagi...

Tahun ni teman request untuk mak n abah berhari raya di Putrajaya...dah 3 minggu pujuk ni...
Adik mak pun tengah pujuk..sebab maksu duduk di Kajang..dekat la klu mak n abah beraya di rumah teman. Adik-beradik abah yang duduk di Puchong pun request benda sama.
Tapi tu la hati orang tua..dia nak duduk kat rumah dia juga...hmmmm...


Wednesday, April 28, 2021

16 Ramadhan

Assalammualaikum,

Remang-remang senja lepas berbuka...


Nikmat apa yang kau dustakan...

Nikmat mata...lantas mulut sebut Subhanallah...


Tuesday, April 27, 2021

Istifar

Assalammualaikum,

Hari ini teman kena banyak istigfar banyak-banyak.


Scenario 1

Awal pagi tadi dlm pukul 8 sepatutnya dah gerak ke Banting, ada court hearing pkl 9 pagi. Pukul 8.20 staff berkaitan, sorang pun tak munculkan diri. Bila call tak angkat. Hantar message tak jawab.

Last-last teman ambik semua report berkaitan, balik rumah ambik kereta, pecut...140 to 150km/j...sampai kat Banting lagi 5 min pukul 9. Otw tu..Depa2 yg lambat tu dok call..mmg teman tak jawab la...gua tengah concentrate memandu laju maaa...harap2 tak kena saman. Yea..sebab teman yg kena present. Gilo kalau sampai lambat.

Disebabkan kamu-kamu, maka perbicaraan ditangguhkan ke pkl 9.45. 

Alhamdulillah tak kena sound dengan Pentadbir Tanah. Buat malu  kat client and company jer...tak professional. 

Alhamdulillah lg bila amount menepati target. Sejuk sket hati...

Mau jer nak dendang lagu Demi Masa by M.Nasir


Scenario 2

Bila kerja-kerja penilaian dah siap..maka kena rajin follow up dengan client untuk payment.  Kerja siap dlm 2 minggu..tapi payment dapat dalam setahun. Gilooo...

Sepatutnya ada 2 payment besar minggu ni. 8 minggu lepas bahagian kewangan client kata semua in order n sedang tunggu Q. 6 minggu lepas, Q dah nak dekat and payment can be made before end April. 4 minggu lepas pun benda sama. 2 minggu lepas call kata minggu ni release payment. Minggu lepas call pun kata awal minggu ni release. Tup-tup hari ni call boleh lak koa cakap minggu depan. Koa rasa...Allah. Orang nak bg duit raya sket kat staff la..Dah 3 tahun tak dapat apa2.

Boss besar dok push dari 4 minggu lps. Camno nk cakap ni...mau tak dapat gaji bulan ni..Allahhumasolialamuhammad..

Sunday, April 25, 2021

Miniatur

Assalammualaikum,

Petang semalam ada tugasan macam biasa. Dapat arahan dari mem besar untuk hantar 10 kampit beras ke Masjid Al'Ansar. 


Lalu Jalan Jelatek..eh bangunan ni dah nak siap la..

Lepas tu ke area kg baru, cari juadah untuk berbuka..mak suka bebenor makan urat keting...

Jalan sekitar2 super jem. Orang ramai berbelanja di Jalan TAR. Ekonomi tak berapa bagus pun..ramai yang membeli-belah yea. Yea la..apa pun yg jadi..raya tetap raya kan...

Sambil berbuka sambil layan si amin dengan mainan dan ipadnya...


Spidey and mc queen, kecarrr..kecarrr..kecarrr...

Thomas pun ada...

Uolls..jangan nak rentas negeri raya ni yea..nanti ultraman taro fireee...



Thursday, April 22, 2021

Tanah tersepit

Assalammualaikum,

Apa nak buat dengan tanah yang terletak diantara dua pembangunan atau diantara dua infrastruktur utiliti.

Dari segi nilai, berapa?

Dari segi kegunaan macamana.



Tuesday, April 20, 2021

Istilah Bercinta atau Benci-ta

Assalammualaikum,

Hehehehehe...tajuk takde kaitan dengan isi.

Memandangkan lapuran penilaian bagi maksud pengambilan balik tanah di buat dalam Bahasa Malaysia so ada istilah dalam Bahasa Inggeris perlu dialih bahasa kepada istilah yang sesuai dengan maksud penilaian itu sendiri.

Sebenarnya boleh sahaja lapuran penilaian bagi maksud yang sama dibuat didalam Bahasa Inggeris. 

Well, orang putih ka, orang coklat ka, orang biru ka..kita kan orang Malaysia!!! -petikan kata2 Susan Lankaster dalam filem Mekanik.







Monday, April 19, 2021

Me time with family

Assalammualaikum,

Sabtu dan Ahad. 

Sessi berbuka puasa bersama keluarga.

6 Ramadhan - Anak2 dan cucu2 datang rumah. Berbuka puasa bersama papa/tok pa dan mak/nenek.

Hakikatnya mak korang ada kat ofis sepanjang hari. Lagi 10 minit nak berbuka baru sampai rumah.

Meja makan letak tepi, bentang tikar mengkuang..duduk la semua kat bawah.

Sekali dah azan berkumandang, air sejuk dan air panas tak buat lagi. Adoiiii...

Best part bila anak2 jantan solat jemaah dan bertarawih sama kat rumah.


Keesokkan harinya, 7 Ramadhan- mak korang pulak nak berbuka puasa dengan mak/opah dan abah/atok beserta dengan anak bongsu perempuan dan adik serta anak-anak sedara mak korang.



Ayam pop, urat keting, jering, sayur terung, keropok kulit lembu dan udang masak sambal import dari Restaurant Bukit Kapau, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mak masak ikan patin tempoyak dan mee goreng. Bubur lambuk dari masjid al-ansar. Kuih2 beli kat bazar ramadhan depan masjid mindef. Isk..tak kuasa bersesak2 di Jalan Raja Alang tu.  Pun 5.45 petang baru gerak dari rumah. maklumlah kerja-kerja masih banyak kat ofis tu.

Best part bila mak dan abah makan banyak dari biasa. Maklumlah anak kesayangan berbuka puasa sama. Hehehehehehe..


Lepas terawih di surau dan lepak2 dengan mak abah sekejap sambil pekena kopi dan layan filem prebet bujang lapuk kat tv, tibalah masanya untuk pulang.

Rasa-rasa tahun depan dapat berbuka puasa macam ni lagi tak?