Thursday, September 11, 2008

Banker's Club

Date : 9/9/2008
Venue : Berbuka Puasa at Banker's Club, 22nd Floor of Amoda Building

Hari tersebut ofis aku mengadakan majlis berbuka puasa untuk semua kakitangan bersama2 keluarga masing2. Since majlis start pukul 6.45 ptg, aku dan rakan2 mengambil kesempatan sight seeing kat Berjaya Times Square yg terletak betul2 berhadapan dengan Bangunan Amoda, tempat kami nak berbuka puasa. Why call sight seeing sebab kalau window shopping kurang2 pun lebih dari sejam kan nak round shopping complex ni...ala setakat 1/2 hour apa sangat la yg kita bole tengok kan...Masa we all kat situ, kat centre court ader pertunjukan permainan gamelan...We all layan la jap.

Banker's Club is a private club meant for those who had membership kat sini- boss besar aku ler tu! Food - ok la...Dengar2 abis licin....kelaparan rupanya semua kat sini ek...aku balik awal maa.....letih sebab jalan kaki p LRT stesen pagi tadi...harharharharhar....






Wednesday, September 10, 2008

Masjid Jamek Kuala Lumpur

Date : 9/9/2008
Location : Jalan Melaka/Jalan Masjid India

Hari ini sebahagian valuer M kat opis aku beramai2 menggunakan pengangkutan LRT untuk menghadiri sessi memperkenalkan diri to our client kat area2 Jalan Melaka. Reason: parking area sini susah, ala sorang RM1.20 jer, tapi ok gak naik LRT sebab ade teman seperjuangan tak pernah seumur hidup sejak LRT wujud kat KL ni, menggunakan pengangkutan tersebut. Ingat nak suruh posing gak dalam LRT, heh...apa barang, bikin malu sajer nanti...harharharharh....

Turun kat Stesen Masjid Jamek, jalan kaki sket dalam 50 meter, jumpa la bangunan yg kitaorg semua dah set appointment tu.

Sambil2 tunggu client masuk, aku snap la gambar masjid jamek dari level 8 ni.






Can u all see pertembungan antara sungai Kelang dan Sungai Gombak tu, nak tau beza sungai senang jer, satu airnya warna macam teh susu satu lagi hijau lumut.

Selepas selesai meeting we all semua, apa lg sessi memblahkan diri. Since pegi naik LRT, balik pun naik LRT kan. Sebelum tu kitaorg p Wisma Yakin sat, ader rakan seperjuangan nak tengok baju melayu. ala dalam 10 minit chow ler...sebab kat opis tu berlambak kerja sedang menunggu. Sebelum tu salah seorg ader mencadangkan jalan kaki jer la balik opis. Hilang akal ker aper,...mau tercabut lulut jalan kaki, berpeluh sure nyer, no..no...no..no...sebagai ketua rombongan cik kiah hari tu, aku buat keputusan balik naik LRT. muktamad.

Berapa lama la kedai ni dah ader kat sini ek. Untuk perhatian semua sebenarnya ader la beberapa photo lain tetapi atas dasar keselamatan, ia tidak dapat disiarkan. Harap maaf....

Kelana Jaya

Date : 8/9/2008
Route : Ofis-Kelana Brem Tower-Ofis

Aku dapat panggilan dari opis lama suruh sapa2 collect payment for valuation job yg aku buat last month. Banyak tu ader la dalam RM66.7k. Kat Kelana Jaya woo..., nak suruh sapa lak ni. Opis boy opis aku main area2 KL jer, rakan2 seperjuangan yg lain tak der lak p area2 ni. Orang akaun dok bising bila payment nak dapat. Cheh! last2 aku sendiri kena p collect. Ah! pedulik apa, aku claim la mileage, abih tak dak sapa pun nak p....harharharharhar.....

Aku macam biasa suke ikut highway, senang beb, cepat sket....aku guna NKVE exit kat Subang toll. Dari toll ni susur kiri dalam lebih kurang 500 meter. Lepas amik cheque dan jumpa boss lama serta ex-opismate utk bermaaf-maafan, aku chow ler..... Ex-opis aku terletak di SS7, Kelana Jaya. 2 tahun lepas aku ulang-alik dari KL ke sini, minyak usah cakap, toll lagi, tapi gaji ok la....nak ke sini boleh gak guna LDP.


Ni Kelana Centrepoint, developed by Glomac.


Ni lak Stadium MPPJ, selalunya international ragbi selalu buat kat sini termasuk ler acara-acara lain.


Ni Masjid Tengku Kelana Jaya Putra, dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor 4 tahun lepas. Masjid ni ex-boss aku yg sponsor pembinaanya. Berapa juta....tak yah la cakap. Kira sedekah jer. Aku dan ex-opis yg lain (Muslim jer ek), ader la involved dalam apa2 aktiviti kat masjid ni. Masa DYMM Sultan first time berkenan berbuka puasa kat masjid ni, kitaorg semua bertungkus lumus dari A sampai Z. Since Sultan berkenan dengan kelancaran majlis tu especially kehadiran anak2 yatim jemputan dan memuji melambung kat boss aku, malam tu jugak boss aku siap call aku dan bagitau suruh informed kat kawan2 lain esok cuti...Yahoo....jaki ajer cino2 kat ex-opis aku tu....apa plak...kita penat maaa....uruskan majlis tu, depa dok kutuk tau la...kata membazir...Cheh! apa barang....ini sedekah maaa..... dan suka hati ex-boss aku la nak belanja berapa banyak pun (duit dia), duit gaji yg mereka dapat tiap2 bulan tu semua berkat untung meniaga bila boss ambil sedikit ruang utk menyedekahkan sebahagian pendapatannya ke arah benda2 macam kat atas..... Kitaorg semua tak mampu lg, sket2 bole ler....harharharharharhar


Menurut kata ex-boss aku masjid ni kalau tak salah dia ikut sket2 design salah satu masjid kat negara arab...tak ingat lak aku...iran ker, afganistan ker, go head gostan ker...Fully air-cond n sapa2 sembahyang kat sini sejuk dan nyaman gitu....pasang masa sembahyang jumaat dan sembahyang terawih jer laa....bil elektrik tinggi maaa.....

Monday, September 8, 2008

Ziarah

Date : 6/09/2008
Route : KL - Kamunting-Selinsing-Taiping-KL

Seusai selesai solat subuh, kami bergerak ke Kg. Dew, Taiping Perak untuk memberi penghormatan yg terakhir kepada arwah mak lang (aku, ijin, mak n abah). Adik aku yg di Tikam Batu, Sg. Petani pun datang menziarah. Sepanjang perjalanan melalui lebuhraya utara selatan kabus tebal meliputi bukit dan banjaran menandakan cuaca yg teramat sejuk, boleh dikatakan tiap2 hari hujan turun.

Kami sampai sekitar jan 9.45 pagi. Semasa berada di interchange Kuala Kangsar, adik aku dari Sg. Petani yg baru tiba membuat panggilan dan memberitahu bahawa jenazah baru selesai dimandikan dan bertanyakan lokasi kami berada. Insyallah, kami sempat sampai sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Seperti dijangka kami tiba semasa anak2 arwah sedang memberikan ciuman terakhir utk ibu tercinta termasuk adik beradiknya dan diikuti dengan saudara mara arwah. Suasana sedih menyelubungi dan seperti dijangka aku tidak dapat menahan airmata ini dari jatuh apabila melihat org2 di sekelilingiku menitiskan airmata walaupun cuba ku tahan. Al-fatihah.....

Sekitar jam 10.00 pagi, jenazah disembahyangkan. Dan jam 10.20 jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Suasana ketika itu terlalu sunyi, langit mendung, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa terasa sejuk bila mengena kulit. Apabila jenazah di bawa, beransur2 orang ramai yg memenuhi di luar rumah pulang ke rumah masing2. Yang tinggal adik beradik arwah dan pak lang menunggu dia pulang dari tanah perkuburan. Apabila tiba sahaja pak lang dirumahnya, hujan pun turun dengan selebat-lebatnya.

Selalunya apabila selesai urusan pengkebumian, orang ramai akan dijamu dengan minuman dikuti dengan memasak utk makan tengahari bagi memberi laluan tahlil. Tetapi....ni kan bulan puasa, maka sementara menunggu hujan reda sessi bersoreh (berbual-bual kosong) memenuhi ruang. Berbaju ungu ditengah adalah pak lang dikelilingi oleh adik-beradiknya dan ipar duai.

Rumah pak lang ni terletak di tepi jalan besar iaitu jalan lama ipoh-butterworth (jalan yang teramat sibuk dengan kenderaan). Dibelakang dan dikiri kanan adalah sawah padi. Sekarang baru selesai musim menuai. Jadi tak dapat la tengok padi kuning.

Adik aku, si faizin sedang melayan panggilan dari isterinya. Si mamat ni pun berhajat nak mengambil gambar sawah padi dengan kamera canggih dia, Cheh!, siap nak suruh aku posing tengah sawah tu. Biar betul adik aku ni...tak mau la...dah la lepas hujan.....pacat sure bermaharaja lela....geli....wooo......

Sebelum hujan air dalam ban ni, keruh macam teh susu, lepas hujan lebat jernih balik. Kadang2 ader pokok teratai. Kalau dulu banyak ikan, anak2 dia pakai batang pokok betik jer buat pancing, kitaorg tengok jer la.....


Hampir jam 2 petang, adik-beradik pak lang mula meninggalkan rumahnya. Kami akan bertolak balik ke KL petang tu juga, tetapi sebelum tu mak nak singgah kat rumah adik perempuannya di pekan taiping.


Ini lah rumah paklang....sunyi la raya ni......


Rumah mak su kat Taman Jana depan kem tentera taiping. Sampai kat rumah dia, semua kena mandi, ye la lepas balik dari menziarah orang meninggal kena la membersihkan diri. Lepas solat cakap dgn mak nak tido jap...letih...sebab aku drive dari KL lg...lagipun si ijin baru abis kerja malam....Dalam 3.30 ptg boleh la gerak balik....singgah la bukak puasa kat mana2....3.30 ape...terlajak sampai 5.30 petang...tuan rumah cakap tak payah la balik lagi, buka puasa ramai2...Mak n abah cakap tanya drebar (aku ler tu...), sian la pulak...ok lah...kita bukak puasa kat sini...jom le siap2, kita p pasar ramadhan...beli juadah berbuka sket....

Senyum sampai ke telinga semua.......




Suasana didalam pasar ramadhan....macam2 ader...kuih peberet mak, limas...(ala yg macam kuih sampan guna daun pisang, tepung yg dibancuh dengan air daun pandan, atas dia ubuh santan...kukus...), tak jumpa la pulak...round2 last-last jumpa....suke mak....

Aku beli ikan pari bakar, 3 4 macam kuih muih, labu masak lemak, mertabak, ikan keli bakar....kira belanja lebih la sket sebab kat rumah tu ada 4 keluarga yg sedang menunggu...ramai wo....tak kan la nak beli sket-sket....

Ni ler juadah kitaorg semua berbuka puasa...alhamdullilah licin semua....

Ni gambar arwah atuk dengan opah. Hensem...harhahrharharhar. Jam 10.00 baru malam kami bertolak dari taiping. Sampai ke KL sekitar jam 1.00 pagi. Hujan lebat sepanjang jalan....faizin cuma ambil alih bila aku berhenti rehat di Rawat & Rehat Behrang.

Aku ari tu ader janji nak amik gambar suasana malam sebelum sampai toll duta kan....sorry arr...tak jadi.

Friday, September 5, 2008

Al-Fatihah

Seusai jam 5.00 ptg, 5 Ramadhan, petang Jumaat yg dibasahi hujan, aku mendapat perkabaran ibu saudara ku (adik ipar mak) telah meninggalkan alam fana selama 55 tahun ini setelah hampir 2 bulan menderita sakit di bahagian perut.

Dikhabarkan juga perginya di kelilingi oleh anak-anak dan suami. Jangan di tangisi pemergiannya, redha dan maafkan segala kesalahannya. Anak yg soleh doakan dan sedekahkan ayat2 suci al-quran utk ibu tercinta.

Aku nak lelapkan mata sekejap cuma, sebelum membawa mak n abah ke Kg. Dew ,Taiping, Perak Darul Ridzuan untuk menziarah jenazah. Dikhabarkan juga jenazahnya akan dikebumikan jam 10.00 pagi esok.

Al-fatihah utk arwah mak lang, semoga rohnya dicucuri rahmat. amin......

Wednesday, September 3, 2008

Pejabat Tanah

Date : 03/09/2008
Route : Rumah-Jalan TunRazak-Jln Sg Besi-KL/Seremban Highway-ofis
Hari ini aku ada satu lg tugasan. Kena attend hearing kat Pejabat Tanah dan Daerah Ulu Langat di Bandar Baru Bangi. Keluar dari rumah sekitar 8.10 pg sebab hearing start pukul 9.30 pagi. Takut jem maa....tak sempat sampai naya....Dari rumah ikut jalan tun razak jalan clear cuma dekat wenworth hotel (atas jejantas after RHB bank) jalan agak merangkak sket. Opposite road usah cakap, nak masuk KL jem gila.
Ni kat Jln Sg Besi. Atas tu Jln Loke Yew nak ke Cheras area. Tgh Q ni. apahal lak, selalu clear jer jalan ni. Oo....rupa-rupanya, kereta q panjang nak masuk ke Jalan Mahameru (lalu depan istana negara)

Senario yang tak best di pagi hari, lori pengangkut sampah yang overloaded siap air sampah tu menjejeh atas jalan raya. Kesian kat penunggang motosikal. Sure bau sampah kat baju sebab terpercik. Aku ambil masa lebih kurang 40 min (jarak 30 km dari rumah aku) utk sampai ke bangi kalau tak disebabkan jem tadi mungkin kurang lagi. Kalau nak ke Pejabat Tanah aku nasihatkan korang exit kat Kajang interchange. Boleh gak exit kat Bangi Interchange, tapi macam kena patah balik dan toll dia mahal sket. Kajang RM1.80 aje.


Selepas tol, korang akan nampak belah kanan flyover, belah kiri macam jalan bawah. Haa...ikut jalan belah kiri tu. Flyover kanan terus p puchong n putrajaya. Masa belah kiri ader 2 jalan, 1 susur kiri ke kajang dan 1 lg susur ke bangi, ikut aje la jalan p bangi tu. Jalan terus sampai jumpa simpang 3. Belok kanan terus dan jumpa trafik light yang ke-2, susur ke kiri. Masa korang belok kanan akan nampak kiri kanan kedai 3 ke 4 tingkat dan masjid warna hijau. Selepas shell station belok kiri arr...

Ader signboard, mesti tak konfius nyer. Pejabat Tanah dan Daerah Ulu Langat ni terletak di Section 9 Bandar Baru Bangi.


Main entrance to Pejabat Tanah

Ni le bangunan nyer. Selain dari urusan berkenaan tanah seperti carian hakmilik, pindahmilik, harta pusaka, carian pelan, pengambilan balik tanah dan macam-macam lagi urusan. Semuanya berkaitan dengan tanah. nak bayar cukai tanah pun kat sini. Cukai pintu korang boleh bayar kat sini gak atau kat pejabat-pejabat pos berhampiran. Ader juga agensi kerajaan yang lain kat bangunan ni.

Pejabat Tanah Daerah mewakili setiap daerah di dalam sesebuah negeri. Berbanding dengan Pejabat Tanah Persekutuan (Registry of Title) ia mewakili seluruh negeri. Macam pejabat tanah daerah ulu langat, ia mewakili daerah ulu langat yg terdiri dari Mukim Ampang, Cheras, Kajang, Beranang, Pekan Balakong, Semenyih dan Ulu Langat sendiri. Kalau hakmilik (title) tu dia tulis EMR (Extract Mukim Registry), GM (Geran Mukim) or MG (Mukim Grant) or HSM (Hakmilik Sementara Mukim), korang kena cek kat sini. Kalau daerah lain just follow the district, cuma kena pastikan title tu apa. Kalau Geran, Grant, CT (Certificate Title), Pajakan Negeri (PN), HSD (Hakmilik Sementara Daerah), korang kena cek kat Selangor Registry of Title in Shah Alam. Kalau Wilayah Persekutuan ada satu saje iaitu di Federal House depan dayabumi.

Ada pejabat tanah dan daerah hulu selangor kat pekan kuala kubu, gombak kat bandar baru selayang, kuala langat kat bandar kuala langat, petaling kat Sect 16, Subang Jaya (pejabat daerah petaling akan berpindah ke area2 sungai buluh, kat Mah sing industrial estate), kuala selangor kat pekan kuala selangor dan sabak.

Untuk kes pengambilan balik tanah, apa2 hearing juga dibuat di sini atau di Shah Alam bergantung kepada warta kerajaan yang korang dapat. Pegawai daerah akan ditempatkan disetiap pejabat tanah dan daerah.




Photo kat atas tu development sekitar pejabat tanah.

Lepas habis hearing dalam pukul 11.30 pagi aku cuba smart tunnel utk balik ke ofis. Toll RM2.00. Sepatutnya masa pegi aku pakai ni boleh la elak jem kat jalan tun razak dan jalan sungai besi tu.

Sesak

Date : 02/09/2008

Salam Ramadhan semua,

Hari pertama memulakan tugas dan hari kedua umat islam menjalani ibadah puasa setelah bercuti selama 3 hari. Semangat berkobar-kobar utk datang kerja awal akan wujud pada kita semua, maklumlah kena bangun sahur. Kalau tido balik, takut terbabas lak hasilnya sampai lewat ke tempat kerja ataupun tak sampai langsung. harharhahrharhar....

Kesimpulannya, bulan puasa mewujudkan satu fenomena pekerja yg biasanya datang lewat, datang AWAL ke ofis. Malangnya hari pertama mereka2 ini telah dihampakan, WHY?, Ah Soh yang selalu datang awal pagi membuka pintu utama dan membersihkan ofis tidak datang sebab menyambung cuti hari kemerdekaan. Hasilnya, sapa2 yg terDATANG awal terpaksa la menyesakkan diri di ruang lobi lift. Abis...kena tunggu org yg pegang kunci ofis datang maa.....tak tau la pukul berapa depa datang, al maklumlah boss, sure datang lambat punye. Maka terkuburlah semangat utk memulakan kerja awal. Sebagai memenuhi ruang masa yg ada, sessi membaca suratkhabar dan penceritaan lauk apa yg berbuka semalam dan bersahur tadi mengiringi pertambahan rakan-rakan ofis yang lain. Ye la, umpat mengumpat mana bole beb! kan ker bulan posa...harharharharhar...




Sebahagian rakan-rakan seofis. Surat khabar tu dari hari sabtu nyer, banyak tu, semua bahasa ada, sekurang-kurangnya dapat tambah ilmu pengetahuan daripada dok melongo tak der buat apa.


Sempena bulan ramadhan, waktu kerja adalah dari 9.00 pagi sampai 5.00 ptg. (ni utk muslim sahaja, non muslim balik macam biasa 5.30 ptg) - ala utk pekerja teknikal mcm kami yg sentiasa diburu dengan dateline, mana ada istilah balik awal....admin bole la...betapa dengkinya aku dengan depa semua....


Oleh kerna masih diawal bulan puasa, aku decide nak balik awal juga....alasan aku bg kat boss...mak i tak sihat laa..i kena balik awal...kena masak (macam la aku betul nak masak), i bawak balik keja ek...i buat kat rumah (boss aku sebenarnya mcm tak percaya sbb selalunya aku jarang balik awal, dah nak dekat berbuka baru balik sebab....jalan sesak teramat der.... dan lg satu kami bertiga ajer yg berbuka, aku mak n abah). Selalunya bulan puasa aku jarang makan nasi, ikut sunnah nabi maa...jamah kurma ajer, harharharhar...rasa2 tergoda pun makan kuih atau amik lauk ajer, nasi! no no no....kiranya bulan puasa ini aku dapat menjalankan aktiviti mengecikkan dan mengurangkan berat badan sket, sahur pun aku cuma minum air soya dan makan kurma, alhamdullilah cukup utk memberi tenaga kepada aku utk bekerja di siang hari, insyallah.

So dalam 5.20 ptg aku pun bertolak balik dari ofis. Seperti yang dijangka laluan jalan raja laut, jalan raja muda abdul aziz dan jalan semarak teramat la sesak. Mula2 jalan raja laut ok sket, nak masuk jalan raja muda abdul aziz kereta mula merangkak macam kura-kura. Aku agak jln tun razak sure jem gila ni! Memang pun. Kalau dengar radio tak der cerita lain, kat sini sesak kat sana sesak, tambah2 hujan ala renyai-renyai gitu, bertambah2 la sesak jalan kat KL ni.


Ni jalan raja muda abdul aziz, depan bangunan NAZA (kg baru), sesak kedua-dua hala. kat sini aje dalam 30 minit walaupun panjang jalan cuma 2.5 kilometre sampai ke simpang jalan tun razak.


Ni simpang jalan tun razak. Kesesakan bertambah teruk akibat dari sikap pemandu yg mementingkan diri sendiri. Tengah2 tu kan ker ader petak kuning, depa ni sekolah ker tak atau dapat lesen terbang!, agak2 la...Kalau kereta depan nampak tak gerak tak payah la nak pegi jugak, ini tak der nak masuk juga dalam petak kuning tu, bila lampu bertukar kaler merah kan ker dah halang laluan kenderaan dari arah jalan semarak dan jalan raja muda abdul aziz. Tu yang amik masa 30 minit nak sampai kat sini. Hampeh betul.....Bila ader polis trafik baru tunjuk ala2 kesopanan di jalan raya...Cheh!

Jalan Semarak pun sama aku amik masa lg 30 minit nak sampai rumah, maka terpaksalah aku mencari jalan alternatif utk elak jalan ni. Ala jarak dari rumah aku ke tempat kerja bukan jauh bebenor dalam lebih kurang 9 kilometer aje TETAPI kenapa aku ambik masa 1 jam 10 minit utk sampai rumah tu DAN sebab la aku balik dekat2 nak berbuka, sesak2 pun dalam 20 minit ajer atau kurang dari itu. Yang penting aku nak mengurangkan satu kenderaan dari memenuhi ruang jalan di KL ni. harhaarharharharhar......