Friday, January 30, 2009

Selamat Hari Wilayah

Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.

Sejarah
Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.
Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.
Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah Persekutuan.

Bendera
Wilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya yang sendiri. Bendera ini telah mula digunakan pada 23 Mei 2006. Sungguhpun begitu, bendera-bendera milik setiap wilayah masih dipakai guna.
Keluasan
Kuala Lumpur - 244 km2
Putrajaya - 46km2
Labuan - 92km2




Berlatarbelakangkan salah satu mercu tanda Bandaraya Kuala Lumpur - Menara Kuala Lumpur
Dulu-dulu masa aku umur 6 tahun, aku pernah naik cable car kat Bukit Nenas ini. Sekarang generasi muda mana dapat benda2 tu semua.
Berlatarbelakangkan KLCC.
Those photos was taken masa aku naik helipad area Bgn MAS, Jln Sultan Ismail. Gayatttttt................
Nota kaki kerang : Selamat Hari Wilayah untuk warga KL, Putrajaya dan Labuan. Untuk negeri lain especially Selangor - jgn mareeee...Isnin ni we all cuti....harharharharhar....

Wednesday, January 28, 2009

Aquaria@KLCC

Sambil2 korang makan limau mandarin yg diberi oleh opismate, client, jiran or beli sendiri, entry kali ni setakat menjamu mata. Tapi make sure jgn tercekik biji limau sudah k.














Friday, January 23, 2009

Paya Indah Wetland

Masa aku road tour dgn trainee inspect 6 lots of development land dari KL-Puchong-Pulau Meranti-Dengkil-KL ditengah mentari yg terik menyengat termasuk kesilapan masuk simpang menyebabkan aku terpaksa membuat satu perjalanan yg agak jauh utk sampai ke Dengkil dari Pulau Meranti Puchong. Macam biasa masa on the way nak balik aku lalu kat kawasan ni. Well, normal sifat ingin tahu mengatasi segalanya. Wonders gak apa sebenarnya yg dikatakan Paya Indah Wetlands ini.
Paya Indah Wetland telah dirizabkan sebagai Rizab Tanah Lembap dibawah Kanun Tanah Negara dengan keluasan meliputi 450.76 hektar. Terletak kira-kira 15 kilometer dari KLIA dan 8 kilometer dari Pekan Dengkil. Terdapat 4 ekosistem/habitat di kawasan ini iaitu sistem tasik, hutan paya gambut yang telah dibalak, tanah tandus hasil dari aktiviti perlombongan dan juga Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Terdapat 14 buah tasik disni. Banyak flora dan fauna kat sini. Kira banyak la hidupan liar yg kita tak pernah nampak ader kat sini. Binatang yg memang hidup dikawasan tanah lembap.
Paya Indah Wetland adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Aku difahamkan Paya Indah Wetland ini tidak dibuka untuk orang awam. Tetapi utk kawasan yg dilabel sebagai rekreasi, buat masa ini orang ramai boleh datang. Kemasukkan adalah percuma tetapi terhad kepada kawasan yang dinyatakan sahaja (Sila rujuk kepada pegawai bertugas). Walaupun terdapat chalet, ia disediakan hanya utk kegunaan badan2 kerajaan sahaja. Related agency seperti NGO berkaitan maksudnya yg berkaitan dengan hidupan liar mempunyai saluran tertentu untuk mengadakan sebarang aktiviti spt WWF @ seangkatan dengannya. Dengan kata lain memang tidak dibuka utk orang awam. Tetapi ada pelajar2 universiti yg mengadakan aktiviti disini bagi maksud pembelajaran. Aku ader tanya kalau aktiviti seperti family day boleh ker dibuat disini. Petugas tu cakap tak boleh. Kalau utk sehari sahaja bagaimana? Dia kata boleh la cuba tulis kepada Penguasa Paya Indah Wetlands utk sebarang pertanyaan kat sini piw@wildlife.gov.my
Kaunter penerangan

Seekor Merak yg sengaja dilepaskan disekitar kompleks pentadbiran

Kawasan kompleks pentadbiran


Salah satu tasik iaitu Tasik Typha

3 ekor badak air (Hippopotamus amphibious) berasal dari Afrika

Petunjuk arah

Tasik Kemuning dimana buaya tembaga (Crocodylus porosus) duduk dalam ni.

The main entrance



Broucher

Tuesday, January 20, 2009

Tmn Tanming Mutiara-Bdr Sg. Long

Located at the fringe of Bandar Sungai Long, Cheras, Selangor Darul Ehsan and comprises of 3-storey semi-detached and detached houses together with apartment blocks. Located adjacent with existing Green Park Condominium.
Phase 1 already sold out and now the developer's open for sale for Phase 2.
3-storey semi-d (consists of 2 types, i.e. Type A and B) measuring a land area of approximately 40 x 80 feet with built-up area 3,157 sq. feet and 3,243 sq. feet.
Comes with 5 bedrooms and 5 bathroom and additional 1 powder room for Type A.
3-storey detached house having a built-up area of approx. 3,769 sq. feet with 5 bedroom + 5 bathroom and 1 powder room.
Price : Semi-detached house - min RM753k to RM941k
Detached house - min RM1.3M to RM1.4M
The semi-d





Yang duduk tu not for sale k. Trainee UTM yg ikut aku inspect property.

Friday, January 16, 2009

Prewar building

Disatu pagi Khamis yang tenang, dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa (wah!wah!wah!) aku dan orang bukit menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman, memeriksa latest transactions utk kedai pejabat sebelum dianalisa utk mengkonfirmkan market value of our subject property. Sambil2 tu mata kami dijamu oleh gantungan-gantungan kain2 baju dan tudung-tudungan (sesuai dengan trend terkini, tudung bini Mawi). Nasib baik tak terkantoi ketika sedang membelek2 beg2, bilamana secara kebetulan another our officemate tiba2 memunculkan diri disebalik deretan kedai kerana melakukan tugasan yang sama dgn both of us. Cheh! potong stim betul!!!! Maka utk cover line, bersama2 lah kami bertiga-tigaan menyusuri Jalan TAR sebelum aku dan orang bukit mintak diri nak ke Salak South to inspect another property.








Facade yang dibiarkan kekal. Bahagian belakang akan digantikan dengan bangunan baru.

Secara kebetulan terbakar ke or sengaja dibakar!!!

Last sekali, kitaorang pekena mee rebus belakang Wisma Haniffa.

Cukur Jambul

Hajat bondaku sempena kelahiran latest cucundanya adalah mengadakan majlis cukur jambul setelah genap sebulan dilahirkan. Maka sabtu lepas termaklumlah impian mak. Just a simple majlis and further more nak test gurindam baru Putera-Puteri yang aku catit semasa sekumpulan warga emas sedang mengadakan majlis berendoi di kampung ari tu.





Juadah yang disediakan

Anissa Fatihah a.k.a Fatimah Zahra


PUTERA-PUTERI

Wahai Putera, Wahai Puteri, Tidurlah Anakanda, Yang Dikasihi ;
Buai Diayun, Berpegang Tali, Anakanda Menangis, Pujuk Diberi ;
Pejamlah Mata, Pejamlah Sayang, Buai Diayun, Tali dipegang;
Janganlah Anakanda, Resah Gelisah, Bonda Disini, Sentiasa Ada ;
.
Wahai Anakanda, Yang Cantik Rupa, Cantik Manis, Dipandang mata;
Siang dan Malam, Bonda Berjaga, Takut Anakanda, Terkena Bahaya;
Wahai anakanda, Cahaya Mataku, Tidurlah Sayang, Pandang Tak Jemu;
Jangan Menangis, Tersedu-sedu, Bonda Buaikan, Bertalu-talu;
.
Wahai Putera, Wahai Puteri, Tidurlah Anakanda, Yang Dikasihi;
Buai Diayun, Berpegang Tali, Anakanda Menangis, Pujuk diberi;
Setiap Masa, Bonda Berdoa, Kepada Allah, Bonda Meminta;
Supaya Anakanda, Sihat Sejahtera, Makan Minum, Bondalah Jaga;
.
Wahai Putera, Wahai Puteri, Tidurlah Anakanda, Yang dikasihi;
Buai Diayun, Berpegang Tali, Anakanda Menangis, Pujuk Diberi;
Bonda Berpesan, Janganlah Lupa, Biarlah Sampai, Anakanda Remaja;
Ayah dan Ibu, Janganlah Derhaka, Biarlah Jadi, Anakanda Bahagia;
.
Darilah Kecil, Hingga Dewasa, Bonda Membela, Setiap Masa;
Jauhlah Dari, Bala Bencana, Selamat Anakanda, Hidup Didunia;
Tidur Putera, Tidur Puteri, Tidurlah Manja, Yang Dikasihi;
Buai Diayun, Tidak Berhenti, Anakanda Menangis, Susu Diberi.

Thursday, January 8, 2009

KEJAM

Sedih..pilu..geram...
Kenapa anak yang tidak berdosa ini menjadi mangsa
Allahhuakhbar!Allahuakhbar!Allahuakhbar
Hanya kepadaMU kami memohon pertolongan
Photo ehsan Utusan Malaysia
Untuk Pejuang-pejuang Palastien
Samarkand
Dia antara debu, angin bersama
Pasir-pasir bertaburan di sana
Bersemadi langkah perjuangan
Bersaksikan kebenaran
Samarkand, kau tak terasing
Tindasan berlaku
Jiwamu satria
Walaupun getir di tempoh jua
Dilaluan sutera
Mengalir ketenangan
Titis darah, mensua kekufuran
Mengerat rasa kasih padanya
Samarkand, kaulah pentas perjuangan
Indera alam, tertumpu padamu
Demikian kesetiaanmu
Perjuangan murni
Keagungan jiwa
Samarkand sebahagian dari kebangkitan
Samarkand, kau tak terasing
Tindasan berlaku
Jiwamu satria
Tak hiraukan kekejaman
Semakin tertekan
Iman makin terbukti
Samarkand sebahagian dari kebangkitan
Tajuk lagu : Samarkand
Nyanyian : Kump Bloodshed

Outing- Cameron Highland

One sweet day within school holiday.
Tak ada perancangan main redah aje.
On the way try to call well known hotel.
Well, what do we aspect. Padan muka masing2.
FULLY BOOK!!!!!.
Last2 tido kat IPOH. Nasib baik ada geng, dapat gak hotel.

Early in the morning terus shoot ke Cameron via Simpang Pulai. Sunday, school holiday -Tringkap, Blue Valley, Kea Farm, Brincang, Tanah Rata...traffic jem tu. Even nak park pun leceh.


My two Philipine tourist.




Photos below mostly was taken within Old Smoke House.
Having our lunch here before continue our journey back home via old road.









P/s - this entry especially to Mr. Nishad in Qatar - have a nice view